Header Ads

10 Lukisan Yang Paling Popular Di Dunia

10 Lukisan Yang Paling Popular Di Dunia|Lukisan Mona Lisa hasil karya daripada Leonardo da Vinci adalah paling popular,cantik dan termahal di dunia.Dianggarkan berjuta-juta kos lukisan ini.Namun,ada juga lukisan yang lain agak cantik dan terkenal di dunia seperti The Last Supper,The Creation of Adam dan lain-alin lagi yang turut terkenal.


10 Lukisan Yang Paling Popular Di Dunia


Berikut 10 lukisan yang terkenal dan menarik di dunia:

1)Mona Lisa-Leonardo da Vinci
Most Famous Paintings: Mona Lisa, by Leonardo da Vinci

Mona Lisa merupakan karya agung lukisan Leonardo da Vinci abad ke-15.Kini ia disimpan di Muzium Louvre,Paris,Perancis.Lukisan Mona Lisa popular kerana hasil seninya menampakan lukisan itu seperti bernyawa.Lukisan ini dilukis selama 4 tahun tetapi tidak pernah disiapkan selepas itu.Oleh itu,terdapat sedikit kecacatan pada lukisan ini yang mana subjek lukisan ini tidak mempunyai bulu kening dan lukisan latar belakang kelihatan terlalu pudar.Lukisan ini merupakan antara lukisan potret yang pertama yang menggambarkan model di depan landskap bayangan pelukis dan Leonardo merupakan antara pelukis yang pertama yang menggunakan perspektif udara dalam lukisan.

2)The Last Supper-Leonardo da Vinci

Most Famous Paintings: The Last Supper, by Leonardo da Vinci

Last Supper merupakan santapan terakhir menurut kepercayaan Kristian mengenai Jesus berkongsi dengan Apostles di Jerusalem sebelum kematiannya.Last Supper diperingati oleh orang Kristian terutamanya dalam Maundy Thursday.Lukisan ini tidak diletakkan di muzium sebaliknya ia diletakkan di dinding bahagian bilik makan di Santa Maria delle Grazie monastery di Milan,Itali.

3)The Creation of Adam-Michelangelo

Most Famous Paintings: The Creation Of Adam, by Michelangelo

The Creation of Adam merupakan hasil karya daripada pelukis terkenal iaitu Michelangelo yang terletak pada siling The Sistine Chapel di Vatican City,Itali.Ilustrasi ini menurut kepercayaan kitab Bible daripada sebuah buku Genesis di mana tuhan menghidupkan manusia pertama iaitu Adam.

4)Starry Night-Vincent van Gogh

Most Famous Paintings: Starry Night, by Vincent van Gogh

Starry Night merupakan hasil karya daripada pelukis Dutch iaitu Vincent van Gogh pada tahun 1889 di mana Starry Night ialah salah satu lukisan yang terkenal pada masa moden.

5)The Scream-Edvard Munch

Most Famous Paintings: The Scream, by Edvard Munch

The Scream adalah sebuah lukisan ekspresionis oleh seniman Norwegia Edvard Munch yang menjadi inspirasi bagi banyak pelukis lainnya dalam aliran ini.Lukisan ini dianggap oleh ramai orang sebagai karyanya yang paling penting.Lukisan ini menunjukkan wajah seseorang yang dalam ketakutan sedang menjerit sementara di belakangnya cakrawala yang berwarna merah darah dalam lukisan Edvard Munch.

6)The Persistance of Memory-Salvador Dali

Most Famous Paintings: The Persistence Of Memory, by Salvador Dali

The Persistance of Memory merupakan sebuah lukisan yang dihasilkan oleh Salvador Dali pada tahun 1931 dan merupakan hasil kerja yang sangat dikenali.Lukisan ini mula ditunjukkan pada tahun 1932 di Julien Levy Gallery dan lukisan ini dikumpulkan di Muzeum of Modern Art(MoMA) di New York City sejak tahun 1934.

7)Girl With A Pearl Earring-Johannes Vermeer

Most Famous Paintings: Girl With A Pearl Earring, by Johannes Vermeer

Girl with a Pearl Earring atau juga dikenali sebagai Het Meisje met de Parel dalam bahasa Dutch merupakan salah satu lukisan adikarya pelukis Belanda iaitu Johannes Vermeer.Seperti ditulis pada judulnya,pusat perhatian lukisan ini adalah anting-anting mutiara yang dipakai oleh seorang gadis.Sekarang lukisan ini disimpankan di galeri Mauritshuis,Den Haag.

8)The Night Watch-Rembrandt van Rijn

Most Famous Paintings: The Night Watch, by Rembrandt van Rijn

The Night Watch merupaka sebuah lukisan hasil seni dari pelukis terkenal iaitu Rembrandt van Rijn pada tahun 1642.Nama lukisan ini diambil dalam jangka yang panjang untuk dinamakan.Pada abad ke-18,lukisan ini dikenali sebagai The Night Watch.Kini,lukisan ini dipamerkan di Rijksmuseum,Amsterdam,Belanda merupakan sebuah lukisan yang sangat popular di dunia.

9)Self-Portrait Without Beard-Vincent van Gogh

Most Famous Paintings: Self-Portrait Without Beard, by Vincent van Gogh

Hampir lebih dua belas lukisan Self-Poitraits without beard yang dilukis oleh Vincent van Gogh merupakan sebahagian yang penting dalam lukisan ini.Vincent van Gogh(1853-1890) banyak menghasilkan lukisan self-portraits sepanjang kehidupannya.

10)Guernica-Pablo Picasso

Most Famous Paintings: Guernica, by Pablo Picasso

Guernica merupakan lukisan hasil karya daripada Pablo Picasso.Lukisan ini direka untuk tragedi pengeboman di Guernica,sebuah kampung Basque Country di utara Sepanyol daripada jet pejuang Itali dan Jerman.Guernica mempamerkan tragedi peperangan yang menyebabkan kehidupan menjadi sensara dan susah.Kini,lukisan Guernica diubah pada galeri Museo Reina Sofia,Madrid,Sepanyol pada tahun 1992.

Terima kasih sudi membaca artikel 10 Lukisan Yang Paling Popular Di Dunia.

No comments

Powered by Blogger.