10 Jambatan Yang Paling Terkenal Di Dunia
10 Jambatan Yang Paling Terkenal Di Dunia | Anda tahu jambatan yang famous di dunia? Mungkin kita kebiasaannya tahu tentang Jambatan Pulau Pinang yang terletak di Malaysia. Namun, tak terkecuali juga jambatan yang lain turut terkenal di serata dunia.
1)Golden Gate Bridge,San Francisco,United States
Jambatan Golden Gate merupakan sebuah jambatan gantung yang merentangi Golden Gate,satu bukaan di Teluk San Francisco terus ke Lautan Pasifik.Jambatan Golden Gate merupakan jambatan gantung terpanjang di dunia semasa ia siap dibina pada tahun 1937 dan menjadi simbol kebanggaan di San Francisco,California dan Amerika Syarikat.Ia masih lagi menjadi jambatan gantung kedua terpanjang di Amerika Syarikat selepas Jambatan Verrazona-Narrows di Kota New York.
2)Tower Bridge,London,England
Jambatan Menara adalah gabungan jambatan imbang dan gantung di London,England di atas Sungai Thames.Ia berdekatan dengan Menara London yang memberikannya nama itu dan menjadi suatu lambang ikon di London.Jambatan ini terdiri dari dua menara yang diikat bersama pada tingkat atas dengan du laluan mendatar yang direka bentuk untuk menahan daya mendatar yang dikenakan oleh bahagian jambatan yang bergantungan di kiri dan kanan.
3)Sydney Harbour Bridge,Sydney,Australia
Jambatan Pelabuhan Sydney merupakan jambatan gerlung alur besi yang merentasi Pelabuhan Sydney dan membawa trafik kereta api,kenderaan,basikal dan pejalan kaki antara kawasan pusat perniagaan Sydney dengan Pantai Utara.Pandangan dramatik jambatan,pelabuhan dan Rumah Opera Sydney berdekatan merupakan imej ikonik bagi kedua-dua bandar Sydney dan Australia.Jambatan ini digelar "Penyangkuk Baju" kerana reka bentuk gerbangnya.Dibawah penyeliaan jurutera Dr J.J.C Bradfield dari Jabatan Kerja Raya Awam NSW,jambatan ini direka dan dibina oleh syarikat Inggeris Dorman Long and Co Ltd dari Middlebrough dan dibuka pada tahun 1932.Menurut Guinness World Records,ia merupakan jambatan gerbang besi tertinggi berukuran 134 meter dari puncak ke aras air.
4)Brooklyn Bridge,New York,United States
Jambatan Brooklyn merupakan jambatan gantung yang tertua di Amerika Syarikat.Ia sepanjang 1825 meter merentangi Sungai Timur menghubungkan kawasan perbandaran Manhattan dan Brooklyn di bandar raya New York.Setelah disiapkan,ia adalah merupakan jambatan gantung terpanjang di dunia,jambatan gantungan kabel keluli dan jambatan pertama yang menghubungkan Long Island.Sejak pembukaannya,ia telah menjadi sebahagian daripada ikon atau mercu tanda di ruang udara New York.
5)Millau Viaduct,Millau,France
Jambatan Millau adalah sebuah jambatan jalan bersanggahkan kabel yang menyeberangi lembah Sungai Tarn,Millau yang terletak di selatan Perancis.Projek pembinaan jambatan ini dirancang direka oleh seorang juruteknik jambatan Perancis Michel Virlogeux dengan kerjasama bersama arkitek Britain,Norman Foster menjadikan Millau merupakan jambatan tertinggi di dunia dengan puncak menaranya yang berketinggian 343 meter di atas tapak pembinaan itu.
6)Akashi-Kaikyo Bridge,Japan
Jambatan Akashi-Kaikyo atau juga dikenali sebagai Jambatan Pearl merupakan jambatan gantung yang terpanjang dunia iaitu 1,991 meter yang menghubungkan bandar raya Kobe di Honshu ke Iwaya di Pulau Awaji,Jepun.Ini merupakan matlamat utama untuk projek Jambatan Honshu-Shikoku yang dibina di Laut Inland.
7)Penang Bridge,Malaysia
Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan di Asia Tenggara.Jambatan ini mempunyai panjang kira-kira 13.5km di mana 8.4km daripadanya merentasi laut.Jambatn ini menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Jelutong,Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.Jambatan ini diakui sebagai pencapaian yang cemerlang kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan(cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.Kini jambatan Pulau Pinang kedua baru dibuka pada tahun 2014 dengan nama sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.Jambatan ini telah menjadikan kebanggaan kepada rakyat Malaysia.
8)Ponte Vecchio,Florence,Itali
Ponte Vecchio merupakan jambatan yang sudah lama dibina ketika zaman Medieval berhampiran dengan jambatan spandrel segmental arch merentasi Sungai Arno di Florence,Itali masih digunakan sehingga kini seperti biasa.Jambatan Ponte Vecchio ini menghubungkan antara Ponte Santa Trinita dengan Ponte Alle Grazie.
9)Hangzhou Bay Bridge
Jambatan Hangzhou Bay merupakan jambatan lebuh raya dengan wayar kabel menyeberangi Hangzhou Bay yang terletak sebelah timur China.Jambatan ini menghubungkan di antara wilayah Jiaxing dan Ningbo di provinsi Zhejiang.Pembinaan ini siap sepenuhnya pada 14 Jun 2007 dan perasmian pembukaan jambatan ini pada 26 Jun 2007.Jambatan ini dibuka secara umumnya kepada penduduk awam pada 1 Mei 2008 selepas ujian ketahanan jambatan ini dijalankan dan diuji.
10)Westminster Bridge
Jambatan Westminster merupakan jambatan jalan raya dan trafik merentangi Sungai Thames di London yang menghubungkan antara Westminster di sebelah utara dan Lambeth di sebelah selatan.Jambatan ini diwarnakan dengan warna hijau yang menyamai warna dengan tempat duduk di House of Commons yang terletak di sebelah Palace of Westminster berhampiran dengan jambatan ini.Jambatan ini dibuka pada 152 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1862.

Post a Comment