Header Ads

10 Haiwan Indeks Bau Busuk Di Dunia

10 Haiwan Indeks Bau Busuk Di Dunia. Setiap haiwan mempunyai kelebihan dan kelemahan diri masing-masing. Kelebihan yang ada pada haiwan untuk mempertahankan diri dari musuh hanya menggunakan bau yang sangat busuk dan juga yang lain. Antara haiwan indeks bau busuk di dunia:

10 Haiwan Indeks Bau Busuk Di Dunia


1)Skunk



Siapa yang tidak tahu binatang ini merupakan haiwan indeks paling bau busuk di dunia. Skunk ialah mamalia yang memiliki warna hitam dan putih dengan kemampuannya mengeluarkan sejenis gas yang berbau menyengat dan sangat busuk. Cairan tersebut berasal dari kelenjar dubur haiwan ini sebagai senjata untuk mempertahankan dirinya jika ia terasa terancam. Kelenjar ini menghasilkan bau yang mengandungi sulfur, methyl dan butil tiol. Jika cairan itu terkena pakaian seseorang, masa bau itu akan hilang amat susah sekali seakan-akan bau seperti bawang putih. Kelebihannya ini menyebabkan pemangsa berasa takut atau was-was apabila menyerang haiwan ini kerana cairannya boleh menyebabkan buta apabila terkena di mata. Oleh itu, ia dipilih sebagai haiwan yang mengeluarkan paling busuk di dunia.

2)Gajah Jantan



Gajah adalah haiwan mamalia yang besar di mana berada di merata tempat kecuali tempat yang sejuk. Gajah boleh bertindak ganas kalau nyawanya terancam sama ada haiwan yang lain atau juga manusia. Gajah juga mempunyai persamaan dengan musk ox, kerana ia mengeluarkan bau busuk untuk menarik minat haiwan betina untuk mengawan.

3)Lipas





Lipas merupakan sejenis serangga yang amat ditakuti oleh kaum wanita. Ia biasanya tinggal di kawasan gelap dan lembap. Lipas hidup dengan memakan sisa makanan yang terbiar. Haiwan ini berbau busuk

4)Burung Hering



Burung hering atau lebih mudah dikenali sebagai burung bangkai adalah sejenis haiwan yang memakan bangkai haiwan yang sudah mati. Hering dapat ditemui di semua benua kecuali Antartika dan Oceania. Haiwan ini dikatakan bau busuk kerana hanya makan bangkai haiwan.

5)Bombardier Beetle



Bombadier beetle merupakan kumbang tanah yang mempunyai lebih 500 spesies. Kumbang pengebom ini secara khusus dilengkapi dengan beberapa mekanisme pertahanan yang serius. Ia mempunyai cairan yang bergabung sebagai dua bahan kimia seperti hydroquinone dan hydrogen peroxide. Tapi cairan panas mendidih yang disemprot dari perutnya adalah yang paling efektif terhadap pemangsa. Kadang-kadang haiwan ini dapat menyembur cairannya pada beberapa arah yang lain. Jika semburan cairannya tidak cukup kuat untuk mengentarkan musuh, ia akan membuat suara seperti tembakan semburan asam pada pemangsa.

6)Striped Polecat(Zorilla)



Striped Polecat juga dikenali sebagai African skunk merupakan sejenis haiwan dari spesies Mustelidae family(Weasels) yang mempunyai persamaan dengan skunk atau musang. Ia juga dikenali sebagai zorilla berasal daripada perkataan "zorro", di mana bahasa Sepanyol bermaksud "fox". Haiwan ini tinggal pada cuaca yang kering seperti di savana gurun Sahara Afrika. Ia mempunyai keistimewaan untuk mempertahankan diri daripada pemangsa dengan mengeluarkan cecair kotoran berbau busuk dari kelenjar duburnya.

8)Tasmanian Devil



Tasmanian devil adalah marsupial karnivor yang kini hanya boleh didapati di wilayah pulau Tasmania di Australia. Ukuran binatang ini sama dengan seekor anjing kecil, tetapi badannya kekar dan berotot. Binatang ini mempunyai warna bulunya yang hitam, baunya yang kuat apabila sedang ketakutan, suaranya yang sangat keras dan mengganggu dan sifatnya berbahaya apabila sedang mengasuh anak-anaknya. Haiwan ini mudah lebih dikenali dalam kartun Looney Tunes sebagai watak Taz yang boleh memutarkan tubuh badannya.

9)Stink Bugs



Brown marmorated stink bug atau mudah disebut sebagai stink bug. Haiwan ini lebih mudah didapati di China, Korea, Japan dan Taiwan. Serangga berbau ini menghasilkan suatu zat yang bau dari dada mereka. Zat ini dihasilkan di antara kedua kaki haiwan ini. Bau busuk penyengat ini amat busuk sekali.

10)Musk Ox



Musk ox adalah binatang mamalia yang semacam seperti kerbau tetapi ia memiliki bulu yang tebal dengan bau yang kuat. Sebenarnya, bau yang dikeluarkan oleh haiwan jantan untuk menarik minat haiwan betina selama musim mengawan. Haiwan ini mudah didapati di tempat yang sejuk seperti di Greenland dan di kutub utara.

No comments

Powered by Blogger.