Header Ads

10 Pulau Yang Paling Cantik dan Menarik Di Dunia

Pulau menjadi salah satu pilihan bagi setiap manusia untuk dilawati.Mungkin,jika seseorang yang mengalami tekanan perasaan dan stres, pulau adalah tempat yang paling tepat dan pasti menjadi pilihan untuk dikunjungi kerana di situ kita dapat menikmati pemandangan yang begitu indah dan udara yang segar.Dalam dunia ini,pelbagai jenis pulau yang cantik berada di pelusok dunia.Berikut antara 10 pulau paling cantik dan menarik di dunia:

10 Pulau Yang Paling Cantik dan Menarik Di Dunia


1)Pulau Bali



Bali adalah sebuah pulau yang terkenal di dunia yang terletak wilayah Indonesia.Bali tereltak di antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok.Majoriti penduduk Bali adalah pemeluk agama Hindu.Pulau Bali ini terkenal dengan pantai putihnya yang sungguh cantik dan pemandangan bukit dan gunung tang sungguh mengagumkan.Pulau ini menjadi popular dalam kalangan yang baru ada pasangan untuk berbulan madu di situ.

2)Pulau Galapagos



Pulau Galapagos ialah sebuah gugusan pulau bergunung berapi yang bertabur di sekitar Khatulistiwa di Lautan Pasifik,926km di barat dari tanah besar negara Ecuador yang menguasai kepulauan ini.Pulau-pulau ini agak muda dari segi geologi dan terkenal dengan sejumlah besar spesies hidupan endemik yang pernah dikaji oleh Charles Darwin.Pulau ini terdapat pelbagai spesies yang belum pernah dilihat oleh manusia seperti kura-kura raksasa,iguana laut,penguin dan lain-lain lagi.

3)Pulau Kauai



Kauai adalah pulau di Hawaii  yang tertua dan ke-4 terbesar  di Kepulauan Hawaii.Ia juga dikenali sebagai "Garden Isle".Kauai dipenuhi dengan pemandangan bukit dan gunung yang begitu indah serta air terjun.Pulau ini juga pernah dijadikan destinasi untuk pembikin perfileman seperti filem Jurassic Park 1993,Tropic Thunder dan juga filem animasi siri.

4)Pulau Cyclades



Cyclades merupakan sebuah kepulauan di Greece yang terletak di Laut Aegea,Tenggara daratan Greece dan merupakan prefektur di Greece.Kepulauan ini terdiri dari 220 pulau seperti Amorgos,Anafi,Andros,Antiparos,Delos dan banyak lagi.Pulau-pulau kecil yang lain tidak berpenghuni.Pulau ini penuh dengan sejarahnya yang tersendiri.

5)Pulau Santorini



Santorini merupakan pulau yang terletak di Greece yang juga merupakan pulau pendatang baru sebagai pulau terbaik di dunia.Keistimewaan pulau ini adalah kerana memiliki laut dengan warna laut bak batu permata.

6)Pulau Maui



Maui adalah yang kedua terbesar Kepulauan Hawaii pada 727.2 batu persegi dan merupakan pulau terbesar ke-17 di Amerika Syarikat.Maui popular kerana dengan pantai yang mempunyai pasir putih dan hitam,pergunungan dan air terjun.Jika anda ingin berbulan madu dengan pasangan anda,tempat ini merupakan pilihan yang tepat untuk dikunjungi.

7)Pulau Moorea



Moorea merupakan sebuah pulau di Polinesia Perancis.Pulau ini terletak di Lautan Pasifik hampir dengan negara Tahiti.Keistimewaan Pulau Moorea adalah disebabkan keindahannya semula jadi dan merupakan laluan masuk di Pape'ete.Pulau ini menjadi popular kerana ia merupakan destinasi untuk pasangan berbulan madu.Moorea selalu disiarkan di dalam majalah perkahwinan di Amerika.

8)Pulau Koh Tao




Koh Tao adalah salah sebuah pulau yang popular di Thailand dan ia merupakan bahagian Chumphon Archipelago.Ekonomi utama pulau ini adalah sukan scuba diving.Tambahan lagi,di sini juga terdapat aktivitii menarik yang lain seperti rock climbing,snorkeling,hiking dan lain-lain lagi.Secara kebetulan,Pulau Koh Tao merupakan pulau yang penting untuk pembiakan penyu Hawksbill dan penyu hijau di atas tanah.

9)Pulau Langkawi




Langkawi merupakan salah satu daerah dalam negeri Kedah di Malaysia.Keistimewaan Pulau Langkawi kerana diberi status bebas cukai pada tahun 1987.Kini,pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda silam yang menjadikan Pulau Langkawi tempat pelancongan utama di Malaysia.Di sini,terdapat pelbagai tempat yang menarik seperti Cable Car Langkawi & Langkawi Oriental Village,Jambatan Gantung di atas kanopi,Shopping di Pekan Kuah,Underwater World Langkawi,Kota Mahsuri & Beras Terbakar dan lain-lain lagi.Langkawi adalah syurga membeli belah terutamanya bagi peminat coklat,pinggan mangkuk,rokok dan kelengkapan rumah.Keistimewaan Pulau Langkawi ini kerana banyak mengenai sejarah pulau itu dan kecantikan pantai dan air terjun.

10)Pulau Tioman




Pulau Tioman merupakan sebuah pulau terkenal dikalangan peminat sukan menyelam.Pulau Tioman memliki keluasan 39km panjang dan 12km lebar.Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia,di antara sempadan Pahang dan negeri Johor.Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam.Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong.Kebanyakan pelancong yang datang ke pulau ini berasal dari Eropah.Tempat yang menjadi tumpuan ramai untuk dikunjungi ialah Kg.Salang.Antara resort popular di Kampung Salang ialah Salang Pusaka Resort,Salang Sayang Resort dan Salang Indah Tioman.Antara keistimewaan Pulau Tioman ialah bukan sahaja dapat menikmati keindahan Laut China Selatan tetapi dapat merasai nyamannya air terjun yang mana air terjun merupakan sumber air utama di Pulau Tioman.

Kalau anda ada info menarik pasal kecantikan pulau di dunia ini tolong share!!!

No comments

Powered by Blogger.