Header Ads

10 Ilmu Seni Pertahanan Diri Yang Popular Di Seluruh Dunia

Ilmu seni mempertahankan diri merupakan perkara yang penting bagi setiap individu untuk menghalang pihak musuh atau pihak lawan.Tanpa ilmu seni pertahanan diri,seseorang mudah dibuli atau akan berlaku perkara yang tidak diingini. Oleh itu,terdapat banyak seni pertahanan diri di seluruh dunia yang telah wujud.Berikut 10 ilmu seni mempertahankan diri yang popular di dunia:


10 Ilmu Seni Pertahanan Diri Yang Popular Di Seluruh Dunia


1)Silat



Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau.Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi.Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Malaysia,Indonesia,Brunei,Singapura dan selatan Thailand.Antara senjata-senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti keris,badik,kerambit,parang,padang,lading,tekpi,sundang dan lain-lain lagi.Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelarkan pendekar.

2)Krav Maga



Krav Maga atau nama saintifiknya iaitu "contact combat" adalah sebuah seni bela diri militer tangan kosong yang dikembangkan di Israel.Krav Maga merupakan gabungan teknik daripada boxing,savate,Muay Thai,Wing Chun,Judo,Jiu-Jitsu,gusti dan grappling.Krav Maga memfokuskan dalam situasi yang sebenar dan serangan balas.Krav Maga ini hanya digunakan oleh tentera Israel sahaja.

3)Jeet Kune Do



Jeet Kune Do ialah merupakan satu sistem dan falsafah seni bela diri yang dimajukan oleh bintang seni bela diri iaitu Bruce Lee.Seni bela diri ini terkenal sehingga dijadikan permainan video untuk game Tekken yang diwatakan oleh Marshaw Law.Seni bela diri ini sungguh dahsyat kerana tendangannya boleh membawa maut kepada pihak lawan.Banyak filem telah menggunakan ilmu seni bela diri ini yang diwatakkan oleh pengasas seni ini iaitu Bruce Lee.

4)Muay Thai



Muay Thai atau juga dikenali sebagai Thai boxing adalah seni bela diri keras dari negara Thailand.Hampir semua teknik dalam Muay Thai menggunakan pergerakan seluruh tubuh,pukulan,siku dan tangkisan.Seni Muay Thai menjadi popular di seluruh dunia kerana ia mempunyai persamaan dengan seni boxing.Muay Thai dianggap ilmu bela diri yang cukup bahaya kerana risiko kecederaan boleh berlaku dengan mudah.

5)Capoeira



Capoeira merupakan seni mempertahankan diri dari negara Brazil yang mempunyai gabungan elemen dengan tarian,akrobatik dan muzik.Terdapat beberapa gerakan dalam Capoeira iaitu Ginga,Handstand,Backflip,Headspin dan Handstand whirling.Capoeira dianggap seni bela diri yang berstail kerana gaya dan teknik cukup berlainan sekali.

6)Karate



Karate yang juga dikenali sebagai Karate Do merupakan salah satu seni bela diri dari Ryukyu Islands yang masa kini dipanggil sebagai Okinawa,Jepun.Seni Karate melakukan serangan dengan menggunakan tumbukan,tendangan,serangan lutut dan serangan siku serta menggunakan senjata seperti pisau tangan,tombak dan palm-heel.Sementara itu,ia juga mempunyai style yang lain seperti grappling,throw,joint locks,restrains dan vital point strike juga dipelajari.Pelatih Karate dipanggil sebagai karateka.

7)Taekwando



Taekwondo merupakan seni bela diri dari Korea yang paling terkenal.Seni Taekwondo mempunyai gabungan elemen iaitu combat dan self-defense dalam teknik sukan dan latihan.Seni Taekwondo ini telah dipertandingkan dalam sukan Olimpik kerana populariti seni mempertahankan diri ini dan paling banyak dimainkan di dunia.

8)Aikido



Aikido adalah salah satu seni mempertahankan diri yang berasal dari Jepun yang dicipta oleh Morihei Ueshiba.Aikido menekankan pada prinsip kelembutan dan bagaimana mengasihi serta membimbing lawan.Teknik-teknik yang digunakan dalam Aikido kebanyakan berupa teknik elakan,kuncian,lemparan dan bantingan.

9)Wing Chun



Wing Chun adalah seni bela diri Cina dan bentuk bela diri yang mengkombinasikan penyerangan dan pengelutan serta spesialisasi di pertarungan jarak dekat.Pelatih yang cekap mempelajari ilmu seni bela diri ini ialah Yip Man dan Bruce Lee sehingga filem China terkenal iaitu Ip Man yang berkaitan mengenai limu seni Wing Chun telah mendapat sambutan seluruh dunia sehingga ramai rakyat China yang menuntut ilmu ini selepas kejayaan filem Ip Man.

10)Judo




Judo adalah seni tempur moden,combat dan sukan Olimpik yang berasal dari negara Jepun.Judo dimajukan daripada Jujutsu dan diasaskan oleh Jigoro Kano pada 1882.Dalam elemen kompetitif,objektif seni Judo ini adalah perlu membuang dan takedown pihak lawan ke lantai.Pengamal Judo ini dipanggil sebagai judoka.

No comments

Powered by Blogger.