Header Ads

Sukan Yang Paling Bahaya di dunia

Sukan Yang Paling Bahaya di dunia|Tidak ada kajian yang mengklasifikasikan tahap bahaya dalam sesuatu acara sukan secara terperinci cuma umum mengetahui hampir kesemua sukan mempunyai risiko yang tersendiri.Sukan adalah perkara yang digemari oleh orang ramai kerana ia dianggap sebagai sumber kecergasan fizikal,memberi keseronokkan dan dapat menghilangkan stres seseorang.

Tambahan pula,sukan juga telah menjadi sebagai kerjaya bagi orang ramai.Banyak sukan baru muncul kerana bakat semula jadi yang berbeza-beza.Namun risiko yang dihadapi atlet dalam acara bola sepak, lompat galah dan boling padang tidak sehebat yang dihadapi segelintir pengamal sukan paling ekstrem yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi kepuasan yang dikatakan pada tahap maksimum. 

Sukan ekstrem bukan sahaja melibatakan kepantasan,ketinggian dan kelasakan anggota badan bahkan memerlukan kemahiran dan keberanian yang hanya dimiliki oleh segelintir atlet.


Sukan Yang Paling Bahaya di dunia


Berikut antara sukan paling berbahaya di dunia:

1)Sukan Payung Terjun(Skydiving @ Parachute)


Terjunan udara adalah sukan yang biasa dilakukan di seluruh dunia.Sukan ini adalah akitiviti yang melibatkan terjun dari sebuah pesawat terbang menggunakan parachute(payung terjun) dari jarak kira-kira 20,000 kaki di atas tanah.Sukan ini tecalon sebagai sukan yang berbahaya kerana sukan ini bersifat agresif dan risikonya sangat tinggi sehingga kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja.Parachute boleh tersekat manakala orang yang sensitif boleh pengsan atau boleh mengalami kelemasan di udara.Sejarah awal payung terjun tidak begitu jelas.Namun diketahui Andre-Jacques Garnerin membuat lompatan parachute dari belon udara pada tahun 1797.Sekarang sukan ini dilakukan sebagai aktiviti rekreasi dan olahraga kompetitif.

2)Sukan Laga Lembu


Laga lembu merupakan acara sukan yang ganas kerana melibatkan darah,kecederaan dan kematian seekor lembu atau beberapa ekor lembu.Sukan laga lembu merupakan sukan klasik dan mashyur di Sepanyol,Portugal,selatan Perancis dan negara Amerika Latin.Biasanya, Toreros menjadi Matador iaitu orang yang menjadi penggerak dalam laga lembu.Toreros akan dianggap menang jika dapat mengalahkan dan membunuh lembu dari jarak dekat.Toreros atau Matador berisiko akan ditanduk dan dipijak,dilambung sehingga mati oleh lembu.Pertandingan hanya berakhir selepas lembu berjaya ditumbang dan ditusuk mati dengan senjata tajam.

3)Sukan Panjat Batu(Rock Climbing)


Rock Climbing adalah sukan yang melibatkan pendaki batu profesional mendaki ke atas dan turun semula apabila selesai mendaki melalui batu semula jadi atau tiruan.Laluan ini adalah pra-takrif dan pendaki mestilah kembali ke titik permulaan setelah berjaya ke titik akhir untuk menamatkan permainan ini.Sukan ini yang dianggap berbahaya kerana tali dan alat-alat yang digunakan dalam sukan ini boleh putus atau rosak bila-bila masa sahaja tanpa sebarang amaran yang boleh menyebabkan kemalangan maut.Pada ketinggian beribu-ribu kaki,pendaki terdedah kepada pelbagai jenis kemalangan seperti tergelincir,terhantuk,terseliuh,kekejangan otot dan hipertemia.Sukan ini memerlukan pendaki yang mempunyai stamina yang tinggi dan kesabaran yang tinggi agar dapat menamatkan sukan ini tanpa sebarang kecederaan atau perkara yang tidak diingini.

4)Sukan Moto X


Moto X adalah sukan yang sangat berbahaya tetapi dapat menghiburkan para penonton di dunia.Dalam sukan ini,penunggang motosikal melompat dari satu sisi tanah ke sisi yang lain ketika melakukan aksi yang berbeza di udara untuk mengambil hati hakim.Penunggang motosikal dapat melakukan pelbagai aksi yang berbeza di udara seperti flip,superman seat-grab,big air dan lain-lain lagi.Tambahan lagi,semakin gaya yang berbahaya ,semakin banyak kutipan mata yang diperoleh oleh penunggang motosikal tersebut.

5)Sukan Berakit Di Jeram Air Putih(White Water Rafting)


Sukan Whitewater Rafting adalah salah satu sukan yang mencabar di mana seorang atau secara berkumpulan berakit di sebuah sungai air putih yang mengalir deras dan kuat.Air sungai secara keseluruhannya putih dan berada pada darjah yang berbeza.Sukan ini bermula pada pertengahan tahun 70-an dan masih dimainkan sehingga kini.Sukan ini dianggap sebagai sukan yang melampau kerana boleh memudaratkan kepada yang sesiapa yang menyahut cabaran ini.

6)Sukan Selaman Gua(Cave Diving)


Selaman gua adalah sukan yang memerlukan penyelam scuba menyelam ketika menjelajah gua di bawah air.Jika penyelam scuba biasa terdedah dengan penyakit penyahmampatan(DCS) yang boleh memecahkan paru-paru dan menggagalkan fungsi otak,bayangkan cabaran yang dihadapi penyelam ketika menjelajah gua di bawah air.Dengan hanya bergantung sepenuhnya kepada cahaya lampu ,penyelam terdedah kepada risiko sesat akibat kecelaruan arah kompas,kegelapan,kemerosotan bekalan udara secara mendadak dan juga ancaman spesies berbisa.Berdasarkan rekod terkumpul di Florida,Mexico dan Kepulauan Carribean,aktiviti yang diperkenalkan sejak 1960 itu sehingga kini mengorbankan lebih daripada 500 orang penyelam.

7)Sukan Downhill Mountain Biking


Downhill Mountain Biking adalah sukan yang merupakan disiplin yang paling ekstrem dalam sukan basikal yang jelas dilihat daripada pemakaian alat perlindungan pada badan penunggang kategori itu.Di dalam pertandingan downhill profesional,pelumba akan meluncur laju dari puncak bukit dengan melalui pelbagai halangan termasuk lompatan dari ketinggian melebihi 10 meter.Walaupun menggunakan basikal berketahanan tinggi,atlet seringkali terdedah kepada kemalangan akibat kegagalan mengawal kelajuan di laluan berbatu dan lereng bukit.

8)Sukan Street Lugging


Street Lugging adalah antara sukan ekstrem di dunia kerana tunggangan pelumba pada papan streetluge akan meluncur ke bawah melalui jalan yang menuruni curam.Sukan ini juga ada mempunyai persamaan dengan sukan skateboarding.Kelajuan yang boleh mencapai 40-90 mph/64-157 mph amat berbahaya jika perkara yang tidak diingini berlaku di atas jalan.

9)Sukan Base Jumping


Lompatan Pelantar lebih dikenali sebagai lompatan BASE di mana BASE bermaksud Buildings,Antennas,Spans(jambatan) dan Earth(tebing).Dalam sukan ini,seseorang yang ingin melompat dari tempat tinggi harus menggunakan payung terjun untuk melompat ke bawah untuk sampai ke daratan.Sukan ini dianggap berbahaya kerana setiap tahun pelompat sukan ini mati akibat masalah teknikal apabila parachut tidak dapat berfungsi dengan elak.

10)Sukan Ice Climbing
 

Ice Climbing adalah aktiviti lasak di mana climber memanjat di permukaan ais.Sukan ini juga ada mempunyai persamaan dengan sukan rock climbing.Ice climbing dianggap sukan yang ekstrem dan berbahaya kerana risikonya sangat tinggi kepada pendaki itu.Di mana pendaki menggunakan kekuatannya untuk memanjat dengan menggunakan alat yang tajam untuk memanjat di atas permukaan ais.Tetapi sukan ini dianggap popular di Eropah kerana sukan ini  dapat memberi cabaran yang hebat kepada sesiapa sahaja yang menyahut aktiviti lasak ini.

Terima kasih sudi membaca artikel Sukan Yang Paling Bahaya di dunia.

No comments

Powered by Blogger.