Header Ads

10 Pemain Bola Sepak Terbaik Sepanjang Masa

10 Pemain Bola Sepak Terbaik Sepanjang Masa. Anda mungkin belum tahu bahawa pemain bola sepak dahulu mempunyai pemain yang kredibiliti tinggi dan gaya permainan yang menakjubkan.Pemain lagenda seperti Pele,Maradona,Gerd Muller dan banyak lagi merupakan pemain yang berprospek tinggi sehingga mereka mendapat tumpuan di seluruh dunia.Tetapi pada era masa kini,pemain bola sepak di dunia meningkat mendadak seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Pemain yang terkenal pada masa kini seperti Lionel Messi,Cristiano Ronaldo,Iniesta,Xavi dan lain-lain lagi merupakan pemain yang banyak mengecapi kejayaan dalam pasukan kebangsaan dan pasukan kelab mereka. Inilah pemain bola sepak yang terbaik sepanjang zaman dalam semua posisi :

10 Pemain Bola Sepak Terbaik Sepanjang Masa


1)Pele(Brazil)-PENYERANG




Pele atau nama sebenarnya Edson Arantes do Nascimento merupakan pemain lagenda Brazil yang sangat digeruni pada masa dulu.Pemain ini merupakan penyerang yang berstail kerana mampu menghasilkan gol pada setiap sudut.Kariernya bermula pada usia 17 tahun apabila dia telah diberi kepercayaan oleh jurulatihnya untuk membarisi skuad utama Brazil pada kejohanan Piala Dunia 1958.Dia telah menunjukkan gaya permainannya yang menakjubkan apabila dia berjaya mencetak 2 gol pada aksi perlawanan akhir menentang Sweden pada Piala Dunia 1958,salah satu jaringannya dianggap antara gol voli yang tercantik dalam sejarah Piala Dunia.Pele yang mendapat jolokan 'Black Pearl' berjaya membawa Brazil menjadi juara Piala Dunia sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1958,1962 dan 1970.Dalam sejarah bola sepak dalam kariernya,dia berjaya mencetak 1282 gol dalam 1366 perlawanan.Setakat kini,tiada siapa yang boleh menggantinya sebagai pemain yang terbaik sepanjang abad.


2)Ferenc Puskas(Hungary)-PENYERANG




Ferenc Puskas adalah merupakan pemain lagenda Hungary yang terbaik dalam sejarah bola sepak pasukan Hungary.Dia dianggap sebagai penyerang terbaik sejarah bola sepak Hungary kerana berjaya membawa pasukannya sebagai pasukan yang digeruni pada zaman 50-an.Pemain lagenda ini berjaya mencetak 514 gol dalam 529 pertandingan.Dia juga mencetak 84 gol dalam 85 pertandingan pada pasukan kebangsaannya.Tambahan lagi,dia berjaya membawa pasukannya menggondol pingat emas di Olimpik 1952 dan berjaya ke perlawanan akhir pada Piala Dunia 1954.Dia juga pernah bermain dalam kelab ternama iaitu kelab Real Madrid.Ia berhenti bermain tahun 1967 dan ketika dia meninggal dunia,ia mendapat penghormatan dan dilakukan di Stadium Nasional.


3)Gerd Muller(Jerman)-PENYERANG




Gerd Muller merupakan pemain lagenda Jerman dan pernah mewakili pasukan kelab Bayern Munich.Dia dianggap penyerang berbahaya kerana kredibilitinya dan kemampuannya untuk mencetak gol yang luar biasa.Dia berjaya menjadi pemain yang menjaringkan gol  yang terbanyak dalam sejarah bola sepak pasukan Jerman.Gerd Muller berjaya membawa pasukan kebangsaannya menjuarai Piala Dunia 1974 selepas berjaya mengalahkan pasukan Belanda dalam pentas akhir.Empat golnya pada Piala Dunia 1974 dan 10 gol pada Piala Dunia 1970 menjadikannya penncetak gol terbanyak sepanjang sejarah Piala Dunia hingga rekodnya telah dipecahkan oleh Ronaldo pada Piala Dunia 2006.Dia juga berjaya mencetak 487 gol dalam 555 pertandingan bersama pasukan kelabnya terutamanya pasukan kelab Bayern Munich apabila dia mencetak 398 gol dalam 453 sebagai penyerang kelab tersebut.


4)Diego Maradona(Argentina)-TENGAH


Maradona at 2012 GCC Champions League final.JPG


Diego Armando Maradona Franco atau nama panggilannya Diego Maradona adalah merupakan pemain penyerang dalam skuad Argentina.Dia mendapat jolokan "The Hand of God" apabila dia berjaya membawa pasukan kebangsaannya ke pentas akhir apabila memenangi perlawananan tersebut dengan mengalahkan pasukan England apabila dia menjaringkan gol dengan bantuan tangan.Dia dianggap pemain yang lincah,lariannya sukar dibendung dan gaya permainannya yang kreatif.Dia berjaya mencatat gol sebanyak 34 dalam 91 pertandingan dalam kariernya bersama pasukan kebangsaan serta dia berjaya merekodkan 311 gol dalam 589 pertandingan dalam pasukan kelab yang pernah sertainya.Namun pada masa kini,dia mempunyai penggantinya iaitu Lionel Messi.


5)Michel Platini(Itali)-TENGAH




Michel Platini atau nama penuhnya Michel Francois Platini ialah pemain lagenda bola sepak pasukan kebangsaan Perancis yang membawa Juventus meraih gelaran juara Piala Champions pada tahun 1985.Dia juga merupakan pemain lagenda Juventus dan pengaruhnya dalam pasukan kelab itu sangat besar sampai sehingga kini.Dia juga dapat meraih gelaran sebagai Pemain Terbaik Eropah(Ballon d'Or) sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1983,1984 dan 1985.Sepanjang kariernya bersama pasukan kebangsaan,dia berjaya mencetak 41 gol dalam 72 pertandingan.Dia juga berjaya membawa pasukan Perancis sehingga mendapat tempat 3 ketika Piala Dunia 1986.Sepanjang kariernya bersama pasukan kelab,pemain lagenda ini berjaya mencetak 224 gol dalam 432 pertandingan bersama kelab Nancy,Saint-Etienne dan Juventus.Kini,beliau telah menjadi presiden Federasi Bola Sepak Perancis dan juga merupakan Presiden UEFA.


6)Johan Cruyff(Belanda)-TENGAH




Hendrik Johannes Cruijff atau dikenali sebagai Johan Cruyff merupakan pemain lagenda bola sepak pasukan Belanda.Dia juga bekas pemain kelab Ajax sehingga membawa kelab itu menjuarai liga Belanda sebanyak 8 kali dan 3 kali gelaran juara dalam Kejohanan Eropah.Dia juga pernah bermain dengan kelab Barcelona dan mendapat gelaran Ballon d'Or sebanyak 3 kali pada tahun 1971,1973 dan 1974.Tambahan lagi,pemain lagenda ini membawa pasukan kebangsaannya sehingga layak ke perlawanan akhir Piala Dunia 1974.Sepanjang kerjayanya sebagai pemain bola sepak,dia mencatat gol sebanyak 291 dalam 520 pertandingan bersama pasukan kelab dan berjaya merekodkan 33 gol dalam 48 pertandingan bersama pasukan kebangsaan Belanda.


7)Djalma Santos(Brazil)-BEK KANAN




Djalma Santos atau nama sebenarnya ialah Djalma Pereira Dias dos Santos merupakan pemain lagenda bola sepak Brazil.Dia merupakan pemain Brazil yang mempunyai kredibiliti yang tinggi dan merupakan pemain barisan pertahanan sebelah kanan yang cukup kental dan terbaik sepanjang zaman.Dia juga berjaya membawa skuad Brazil merangkul trofi Piala Dunia 1958 dan 1962.Tambahan lagi,dia juga pernah menyarung jersi kelab Portuguesa,Palmeiras dan Atletico Paranaense.Sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak ,dia telah berjaya mencetak 23 gol dalam 964 pertandingan bersama pasukan kelab yang pernah disertainya.Pemain lagenda Brazil ini telah berjaya mencetak jaringan gol sebanyak 3 daripada 98 perlawanan yang disertainya bersama pasukan kebangsaan.Pada tanggal 23 Julai 2013,beliau telah meninggal dunia.


8)Franz Beckenbauer(Jerman)-PERTAHANAN TENGAH


14-01-10-tbh-013.jpg


Franz Beckenbauer merupakan pemain lagenda bola sepak Jerman yang sangat disegani dan juga merupakan salah satu bek yang terbaik sepanjang zaman.Beliau juga merupakan pemain bola sepak yang berstail dan mampu bermain di posisi tengah,tetapi namanya lebih dikenali dalam posisi pertahanan.Dia juga berjaya membawa pasukan kebangsaannya merangkul trofi Piala Dunia 1974 dan masa ketika itu dia menjadi sebagai kapten skuad Jerman.Sepanjang perkhidmatannya sebagai pemain bola sepak Jerman,dia berjaya mencetak 14 gol daripada 103 pertandingannya bersama pasukan Jerman.Dia juga bejaya mencetak gol sebanyak 81 daripada 587 pertandingan bersama pasukan kelab.


9)Bobby Moore(England)-PERTAHANAN TENGAH




Bobby Moore merupakan pemain lagenda bola sepak England dan pernah menyarung jersi kelab West Ham selama 16 tahun.Dia juga pernah menjadi kapten West Ham selama lebih 10 tahun dan juga menjadi kapten England sehingga merangkul trofi Piala Dunia 1966.Di samping itu,dia merupakan pemain England yang bermain dalam posisi pertahanan dan namanya gah seperti pemain lagenda Brazil,Pele.Dia berjay mencetak 2 gol daripada 108 pertandingan bersama skuad kebangsaannya dan berjaya mencetak gol sebanyak 26 dalam 708 pertandingan yang disertai bersama dengan pasukan kelab West Ham,Fulham,Seattle Sounder dan Herning Fremad.Namanya masih terpahat di hati rakyat England kerana kredibiliti Bobby Moore yang cukup berstail dan pemain pertahanan yang terbaik sepanjang abad.


10)Roberto Carlos(Brazil)-BEK KIRI




Roberto Carlos da Silva Rocha atau nama panggilannya iaitu Roberto Carlos merupakan pemain Brazil yang cukup hebat dari segi gaya permainannya yang menabjukkan,larian pantas,kelicikan untuk mengelicik bola,tendangan yang kencang dan dia juga cekap menyepak bola sepakan percuma yang sangat digeruni kerana tendangan lencongannya atau "Banana Shot" dapat menghasilkan jaringan gol.Dia telah bersara dalam arena bola sepak dan kini menjadi jurulatih pasukan kelab Sivasspor dalam Super Lig.Pada permulaan kariernya bersama Brazil,dia bermain dalam posisi penyerang tetapi banyak menghabiskan masanya dalam posisi bek sayap kiri.Dia mendapat gelaran sebagai "the bullet man" kerana kebolehannya dalam sepakan percuma dengan anggaran kelajuan tendangannya kira-kira 169km/h.Dia juga berjaya membawa pasukan kebangsaannya merangkul trofi Piala Dunia 2002 dan tempat kedua Piala Dunia 1998.Sepanjang kariernya bersama Brazil,dia berjaya mencetak 11 gol daripada 125 pertandingan dan berjaya menghasilkan gol sebanyak 75 gol sepanjang kariernya bersama kelab Palmeiras,Inter Milan,Real Madrid,Fenerbache,Corinthians dan Anzhi Makhachakala.


11)Lev Yashin(Soviet Union@Russia)-PENJAGA GOL




Lev Ivanovich Yashin atau gelarannya sebagai The Black Spider atau The Black Panther ialah seorang penjaga gol Russia yang dianggap sebagai penjaga gol paling disegani dalam sejarah permainan bola sepak.Beliau terkenal dengan sifat kesukanan yang tinggi,kebal menjaga pintu gol dan tindakan refleksi yang cepat apabila menangkap bola.Yashin mewakili pasukan kebangsaan dalam empat kejohanan Piala Dunia FIFA pada tahun 1958 sehingga tahun 1970.Sepanjang karier beliau,beliau menyelamatkan lebih daripada 150 sepakan penalti dan tidak bolos lebih dari 270 kali.Pada tahun 1963,beliau telah dinamakan sebagai pemain bola sepak Eropah tahunan di mana beliau merupakan satu-satunya penjaga gol yang menerima anugerah ini.Beliau juga telah dipilih sebagai penjaga gol terbaik abad ke-20 oleh IFFHS.Sepanjang karier beliau,dia bermain sebanyak 812 pertandingan yang disertainya.Selepas beliau bersara dari bola sepak,Yashin menghabiskan lebih kurang 20 tahun dalam banyak jawatan pentadbiran di Dynamo Moscow.Beliau meninggal dunia pada tahun 1990 akibat kanser perut.

No comments

Powered by Blogger.