7 Keajaiban Baru Dunia Yang Sungguh Unik
7 Keajaiban Baru Dunia Yang Sungguh Unik|Kita mesti rasa hairan bagaimana tamadun manusia zaman dahulu telah berjaya membina bangunan yang agung sedangkan pada zaman dahulu tiada teknologi yang canggih.Apakah yang membuatkan bangunan ini dianggap ajaib adalah kerana binaan tersebut menggunakan teknologi purba tanpa penggunaan mesin berat dan bahan binaan moden.Ia menunjukkan bahawa tamadun manusia zaman dahulu memiliki daya yang kreatif dan inovatif,kemahiran yang tinggi serta memiliki kepintaran untuk membina bangunan yang sangat unik.
Berikut 7 keajaiban baru dunia yang sungguh mengagumkan:
1)Great Wall of China
Tembok Besar China pada 1907
Tembok Besar China pada masa kini
Peta tembok
Tembok Besar China merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17,semasa Dinasti Ming.Tujuan pembinaan tembok ini untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik.Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km bermula dari Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Machuria,sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xiajiang.Pada 2009,satu tinjauan teknologi baru mengguna teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok dengan segala cabangnya menjangkau 8,851.8 km.
2)Taj Mahal
Gambar Taj Mahal masa kini
Kita nampak dari jauh Taj Mahal berbentuk petak sedangkan kalau kita tengok jarak dekat rupa bentuknya iaitu pentagon.
Taj Mahal yang dilihat dari Agra Fort
Taj Mahal di India yang dianggap sebagai binaan yang ajaib kerana struktur binaannya yang unik dan begitu mengujakan para pelancong yang datang melewati bangunan itu.Taj Mahal yang terletak di tebing Sungai Jumna,berhampiran Agra,India merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal,isterinya yang kelima.Ia mula dibina pada tahun 1632 dan siap sepenuhnya pada tahun 1648.Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri.Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu merangkumi bahagian makam,dewan,taman rekreasi,masjid,menara tinjau dan lain-lain lagi.Bangunan ini turut diperkatakan sebagai 'Permata Senibina Islam'.Dikatakan bahan binaan dibawa dari seluruh Asia dengan menggunakan 1000 ekor gajah dan 28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal.Taj Mahal yang dianggap sebagai tujuh benda ajaib di dunia kerana 43 jenis batu permata termasuknya berlian,jed,kristal,topaz dan nilam telah digunakan.
3)Statue of Christ the Redeemer
Gambar patung Kristian itu di puncak dari Gunung Corcovado.
Gambar wajah patung itu dari jarak dekat
ketinggian patung penghargaan yang lain di serata dunia
Christ the Redeemer adalah patung Jesus Kristian dengan gaya arkitektual Art Deko terbesar di dunia dan terdapat di Rio de Janeiro,Brazil.Patung ini memiliki ketinggian 38 meter dan terletak di posisi yang strategi iaitu berada di puncak dari Gunung Corcovodo dengan ketinggian 700m(2,300 kaki) di Taman Nasional Hutan Tijuca yang menghadap ke kota.Patung ini menjadi simbol umat Kristian dan menjadi simbol kebanggaan kota.
4)Colosseum
Gambar Colosseum pada waktu siang
Pemandangan Colosseum pada waktu malam
Pemandangan Colosseum dari jarak jauh yang berbentuk bulat
Colosseum atau nama asalnya Flavian Amphitheatre ialah sebuah monumen bersejarah yang terdiri dari bangunan terbuka separa bulat,berpentas dan mempunyai tempat duduk yang digunakan sebagai tempat pertunjukkan pada zaman Rom Kuno.Colosseum merupakan struktur terbesar yang pernah dibina di Empayar Rom.Pembinaannya telah dimulakan oleh Maharaja Vespasian dalam tahun 70-an dan siap sepenuhnya pada 80-an dibawah anak lelakinya Titus.Colosseum adalah salah satu dari tujuh keajaiban dunia.
5)Machu Picchu
Pemandangan Machu Picchu di Peru
Machu Picchu yang bermaksud "Gunung Tua" dalam bahasa Quechua sering juga disebut "Kota Inca Yang Hilang" adalah sebuah lokasi runtuhan Inca Pra-Columbus yang terletak di wilayah pergunungan pada ketinggian sekitar 2430m(7,970 kaki) di atas permukaan laut.Machu Picchu berada di atas lembah Urubamba di Peru sekitar 80 kilometer ke barat laut Cusco.Ia merupakan simbol Kerajaan Inca yang paling terkenal.Dibangunkan pada sekitar tahun 1450,tetapi ditinggalkan seratus tahun kemudian,ketika bangsa Sepanyol berjaya menakluki Kerajaan Inca.Tapak bersejarah ini telah dilupakan oleh masyarakat dunia,oleh itu tapak ini kembali ditemukan oleh seorang ahli arkeologi dari Universiti Yale yang bernama Hiram Bingham III yang menemukannya kembali pada tahun 1911.Tapak sejarah tersebut telah ditetapkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1983,Machu Picchu juga merupakan salah satu dari tujuh keajaiban dunia baharu.
6)Petra
Gambar bangunan Petra di Jordan
Peta lokasi Petra di Jordan
Petra adalah sebuah kota bersejarah dan arkeologi yang terletak dalam kawasan pemerintahan Jordan di Ma'an.Petra merupakan satu hasil senibina permotongan batu dan sistem pembuluh air.Ia telah dibina kira-kira pada kurun ke-6 sebagai ibu kota bagi Nabataeans,ia merupakan satu simbol bagi Jordan selain menjadi tarikan pelancong yang paling banyak dilewati.Petra terletak di cerun Gunung Hor dalam lembangan antara pergunungan yang mana membentuk sisi timur Arabah(Wadi Araba),lembah besar yang merentang dari Laut Mati ke Teluk Aqaba.Petra dipilih sebagai Tujuh Keajaiban Baru Dunia pada tahun 2007 dan sebagai Tapak Warisan Dunia sejak tahun 1985.
7)Chichen Itza
Gambar suasana candi Chichen Itza
Pemandangan Chichen Itza dari jarak jauh
Chichen Itza merupakan sebuah bandar yang dibina oleh Tamadun Maya pada era pra-Colombia.Tapak arkeologi ini terletak di perbandaran Tinum,negeri Yucatan ,Mexico.Candi Chichen Itza merupakan peninggalan arkeologi suku Maya yang paling lengkap dan masih terawat dengan baik.
Terima kasih sudi membaca artikel 7 Keajaiban Baru Dunia Yang Sungguh Unik.

Post a Comment