Fungsi Lubang-Lubang Kecil Pada Biskut
Ya... kebanyakan daripada kita hanya pandai makan biskut je tanpa mengetahui sebab dan kenapa biskut itu mempunyai lubang-lubang kecil pada permukaannya. Biasalah nama pun makanan nak buat kaji pasal lubang-lubang yang terdapat pada permukaan biskut itu. Sebenarnya, lubang-lubang kecil pada biskut itu bukan untuk hiasan atau suka-suka tetapi ada fungsinya.
Biskut-biskut ini dibuat lubang adalah kerana untuk memastikan biskut-biskut ini masak secara rata. Benar tidak? Biskut akan mengeluarkan wap atau haba. Tanpa lubang-lubang ini, biskut ini akan menggelembung dan menjadikan biskut itu kelihatan buruk dan tidak elok. Lebih mudah kita fahami biskut itu tidak masak sempurna.
Biskut |
Selain itu juga dengan lubang-lubang ini, biskut akan lebih rangup. Kalau lubang-lubang biskut ini dibuat terlalu dekat ianya akan menyebabkan biskut akan menjadi sangat keras dan kering kerana terlalu banyak wap yang keluar dan kalau terlalu jauh sangat, gelembung yang hodoh akan ada pada permukaan biskut. Oleh itu, setakat itu sahaja perkongsian ilmu yang saya miliki untuk pengetahuan semua.
Terima kasih yang sudi membaca!
Post a Comment